Friday, October 10, 2008

90% Rezki Adalah Dari Perniagaan

Saya biasa mendengar kata-kata dalam ceramah agama, 9/10 rezeki itu dari perniagaan. Melalui pengalaman manusia khusus dari barat merumuskan 5% masyarakat dunia memiliki 95% harta. Ini bermakna 95% tidak memiliki harta yang banyak.

Rata-rata kita lihat ramai orang tiada kemampuan untuk menjalankan perniagaan dan lebih selesa dengan berkerja bergaji. Tanggung jawab memasukan wang ke dalam kocek mereka diserahkan kepada Majikan.

Berniaga memang payah. Banyak risiko. Besar tanggung jawab. Ramai orang terjun ke alam perniagaan gagal pada mulanya. Ada yang bangkit semula dan ada yang terus hilang. Yang bangkit semula akan kembali dengan persiapan yang lebih rapi dan lebih memahami selok-belok perniagaan dan perangkap samar yang terpasang sepanjang perjalanan perniagaan mereka.

Setiap bayi apabila mula belajar berjalan perlu membuat beberapa kali percubaan sebelum dapat berjalan dengan baik dan seterusnya belari. Semua orang sudah maklum mengenai itu. Perniagaan juga sama halnya. Cuma bezanya berapa tinggi kita jatuh. Berapa sakitnya terasa apabila jatuh buat pertama kalinya. Saperti seorang bayi, bila ia terjatuh ia tidak terasa sakit kerana jatuhnya tidak dari tempat yang tinggi. Maka itulah sebab bayi tersebut berani untuk melakukannya berulang kali.

Walaupun ia mengambil masa untuk belajar berjalan, tetapi sekali dah pandai berjalan, ia tidak akan perlu merangkak lagi.

Pendekata, bersabar, belajar, membaca, tingkatkan kecekapan melalui pengalaman, setingkat demi setingkat sehinggalah tahap yang di impikan.