Tuesday, February 23, 2010

Kenapa tetiba pergi Jordan?

"Bila abah nak ke Jordan tengok cucu? "Ain tanya. Kami memang bercadang ke Jordan. Lepas pantang Ain. Boleh jalan2. Ain tak mau juga kalau kami melawat dia Di Amman semasa dlm pantang. Kami je jalan2. Dia terkurung dalam rumah. So cadangnya pergi bulan Mac ketika cuti sekolah.

Tak terjangka dan tak masuk jadual, Ab nak bernikah dengan Ina. Bagi kami, bila syaratnya semua ada, jangan ditangguhkan. After all, saya juga wali. So, teruskan. Banyak juga fikiran dlm kepala waktu tu.

Nutrition club kami tengah dalam renovation. Cadang operasi bulan Mac juga. Aduh!! Macam2 nak buat bulan Mac. Pening!! Mana lagi masanya. Mana lagi ongkosnya. Nutrition Club dan Majlis Nikah banyak juga nak belanja. Hampir2 kami buat keputusan untuk menangguh pergi ke Jordan.

Saya mengadu dengan kawan saya Salman dari KK. Tapi ini lah katanya...
"Kau kalau teragak2 nak ke Jordan, sampai bila pun kau tak kan pergi sana. Nak tunggu masa senang, sampai bila2 kau tak kan senang. Sedar2 anak kau dah habis belajar. Nak tunggu senang, tak kan ada masanya..."
Berdesing juga dalam kepala. Waktu tu belum habis lagi majlis pernikahan Ab Dan Amalina.
Betul juga kata si Salman tu. Tambahan, dalam fikiran ku, kami dah nak menjangkau 50'an. Masa berlalu begitu pantas. Kalau tidak diambil peluang, sedar2 kami dah tua. Itu pun masih sibuk lagi. Takut juga. Lain lah orang2 yg masih muda, yang masih 'berlambak' masa dan peluang mereka masa depan. Kami perlu merebut peluang sementara masih ada. Cucu akan membesar. Zaman akan beredar dengan begitu pantas. Sisa masa hampir kehabisan. Inilah masanya. Inilah peluang...
Aku terus telefon agent, "tolong arrange flight satu keluarga ke Amman Jordan dengan serta merta"...


- Posted using BlogPress from my iPhone in Amman, Jordan.

Wednesday, February 17, 2010

Terasa nak menulis semula..

Terasa saya nak menulis semula dlm blog ini. Banyak pengalaman yang kami boleh kongsi bersama. Yang ini saya menulis menggunakan iPhone saya. Nak cuba. Ok tak.

Baru lepas melangsungkan pernikahan anak kami yg kedua, Amalina dengan pilihannya (melalui istikarah) Abqari. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Ramai juga tekejut. Buat mcmna! Kahwin ni lebih kpd kepentingan mereka. Bukan kami. So, lebih baik cepatkan je. Mendapat barakah.

Ada sesetengah tu, mereka byk lebihkan perkara2 yg kurang penting dlm agama. Sehingga yg wajib dan harus tu dlambatkan. Alhamdulillah, kami diizinkan Allah selesaikan yg wajib. Semuga mendapat keberkatan Allah Dunia Akhirat.

Ahad ni plak, kami terbang ke Amman, Jordan. Untuk meziarah anak, menantu dan cucu kami. Tahun lepas, tahun baru cina juga, mereka diijab kabul. Banyak perkara berlaku dgn hanya berlalu setahun. Alhamdulillah byk perkara tu, yg baik2 belaka.

Apa yang kita minta, Allah pasti perkenankan. Pengalaman kami sudah 47 tahun kehidupan, kami sendiri menyaksikan dlm kehidupan kami sendiri. Hanya kita saja. Minta ke tak? Yakin tak? Berani ke nak minta? Fikir sendiri...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, October 10, 2008

90% Rezki Adalah Dari Perniagaan

Saya biasa mendengar kata-kata dalam ceramah agama, 9/10 rezeki itu dari perniagaan. Melalui pengalaman manusia khusus dari barat merumuskan 5% masyarakat dunia memiliki 95% harta. Ini bermakna 95% tidak memiliki harta yang banyak.

Rata-rata kita lihat ramai orang tiada kemampuan untuk menjalankan perniagaan dan lebih selesa dengan berkerja bergaji. Tanggung jawab memasukan wang ke dalam kocek mereka diserahkan kepada Majikan.

Berniaga memang payah. Banyak risiko. Besar tanggung jawab. Ramai orang terjun ke alam perniagaan gagal pada mulanya. Ada yang bangkit semula dan ada yang terus hilang. Yang bangkit semula akan kembali dengan persiapan yang lebih rapi dan lebih memahami selok-belok perniagaan dan perangkap samar yang terpasang sepanjang perjalanan perniagaan mereka.

Setiap bayi apabila mula belajar berjalan perlu membuat beberapa kali percubaan sebelum dapat berjalan dengan baik dan seterusnya belari. Semua orang sudah maklum mengenai itu. Perniagaan juga sama halnya. Cuma bezanya berapa tinggi kita jatuh. Berapa sakitnya terasa apabila jatuh buat pertama kalinya. Saperti seorang bayi, bila ia terjatuh ia tidak terasa sakit kerana jatuhnya tidak dari tempat yang tinggi. Maka itulah sebab bayi tersebut berani untuk melakukannya berulang kali.

Walaupun ia mengambil masa untuk belajar berjalan, tetapi sekali dah pandai berjalan, ia tidak akan perlu merangkak lagi.

Pendekata, bersabar, belajar, membaca, tingkatkan kecekapan melalui pengalaman, setingkat demi setingkat sehinggalah tahap yang di impikan.